Cara Terbaik Untuk Baca DM Di Instagram Tanpa ‘Seen’

Instagram (kebiasaannya dipanggil IG) merupakan sebuah perkhidmatan rangkaian sosial perkongsian gambar dan video secara dalam talian yang dimiliki oleh Facebook.

cara terbaik untuk baca dm di instagram tanpa ‘seen’

Selain perkongsian gambar dan video, IG juga dilengkapkan dengan ciri pemesejan, dimana pengguna boleh menghantar pesanan ringkas kepada sesiapa termasuk kenalan masing-masing.

cara terbaik untuk baca dm di instagram tanpa ‘seen’

Mungkin menjadi ‘masalah’ buat mereka yang enggan penghantar mesej tahu yang mesej mereka telahpun dibaca, membuatkan mesej itu dibiarkan terperap dalam kotak mesej selamanya.

 

Terdapat cara bijak untuk anda membaca mesej yang dihantar ke Instagram, tanpa si penghantar tahu mesej mereka telahpun dibaca, iaitu melalui fungsi ‘Restricted Accounts’

cara terbaik untuk baca dm di instagram tanpa ‘seen’

‘Restricted Accounts’ adalah fungsi yang membolehkan kita menghalang sebarang interaksi yang tidak diingini tanpa perlu menyekat atau tidak mengikuti mana-mana individu yang kita kenali.

 

Untuk menjadikan sesuatu akaun itu dalam mod ‘Restricted’, pergi pada profil akaun berkenaan, dan tekan pada tiga dot pada atas kanan, tekan ‘Restrict’ > ‘Restrict Accout’

cara terbaik untuk baca dm di instagram tanpa ‘seen’

Dengan mengaktifkan fungsi ini, hanya anda dan mereka yang dihadkan boleh melihat komen baharu pada hantaran, mereka tidak boleh nampak bila anda sedang online atau sudah membaca mesej yang dihantar mereka.

 

Ciri ini dicipta untuk mengatasi masalah buli atau gangguan. Walau bagaimanapun, ia juga berguna untuk pengguna Instagram yang ingin membaca mesej dalam mod senyap.

 

Untuk mendapatkan fungsi ini, sila kemaskini aplikasi Instagram anda di App Store atau Google Play Store.

 

Sumber: [1]