Bye-Bye Traffic Jam! Airport Untuk Kereta Terbang Bakal Dibina November Ini

Nampaknya masalah kesesakan jalanraya bakal diatasi selepas satu lapangan terbang yang dikhususkan buat kereta terbang dan juga dron kargo bakal dibina di Coventry, United Kingdom (UK) pada November depan.

bye-bye traffic jam! airport untuk kereta terbang bakal dibina november ini

Menurut laporan, lapangan terbang itu adalah salah satu inisiatif bagi menangani kesesakan jalan raya dan masalah pencemaran.

bye-bye traffic jam! airport untuk kereta terbang bakal dibina november ini

Satu gambar ilustrasi lapangan terbang yang dikenali sebagai ‘Air One’ menunjukkan ia terletak di Ricoh Arena, dekat utara London, dengan nilai kos pembinaan kira-kira RM6.65 juta. Airport ini juga adalah hasil usahasama syarikat Hyundai dan dibangunkan oleh Urban Air Port, iaitu sebuah syarikat perkhidmatan infrastruktur yang berpusat di London.

Rekaan Air One adalah salah satu daripada tiga reka bentuk infrastruktur modular, disamping Ground One dan Water One yang masing-masing bergerak di darat dan air bagi membolehkan pelbagai kenderaan terbang dan berlabuh atau mendarat.

bye-bye traffic jam! airport untuk kereta terbang bakal dibina november ini

Bakal dibina November ini, kemudahan itu nanti merangkumi ruang untuk pengisian dan mendarat dengan platform landasan dengan ketinggian tertentu dari tanah untuk mengurangkan bunyi bising yang menjadi halangan bagi helikopter sedia ada.

Sumber: Sky News

ARTIKEL BERKAITAN