Bakal parents mana yang tak teruja bila dapat baby kan.
Membuat imbasan untuk menentukan jantina anak dalam perut pun sudah menjadi kebiasaan bakal ibu.
Apa yang mengejutkan, hasil imbasan bayi dalam kandungan kelihatan menakutkan seolah-olah bayi itu nampak seperti membuka matanya dengan luas.
Tengok ni.
Namun, orang yang bertanggungjawab menguruskan imbasan itu memberitahu ia merupakan sesuatu yang normal dan tak perlu dirisaukan.
Imej imbasan itu menjadi viral selepas Iyanna Carrington, 17, memuat naik ke media sosial.
Menerusi laporan Daily Mail, ada yang menganggap foto tersebut hanya dibuat-buat. Namun, Iyanna menepis dakwaan tersebut.