Tentera Laut US Temui Imej Menyerupai UFO, Siarkan Rakaman Video

tentera laut us temui imej menyerupai ufo, siarkan rakaman video

Sebuah video yang dikatakan merakam imej menyerupai UFO telah disiarkan oleh Pentagon pada hari Isnin yang lalu. Video yang merakam ‘fenomena udara tidak dikenali’ itu dikatakan telah dirakam oleh juruterbang Tentera Laut Amerika Syarikat ketika menjalankan penerbangan latihan pada tahun 2004 dan 2015.

Berdasarkan laporan CNN, video itu memapakarjan sebuah objek berbentuk bujur dan bergerak dalam keadaan pantas. Imej tersebut tersebut telah ditangkap oleh kamera inframerah ketika ditermui di pesisir South California. Dua objek yang lebih kurang sama pula telah ditemui oleh juruterbang F-18 yang sewaktu itu beroperasi di luar Pantai Atlantik pada Januari 2015.

Video-video tersebut dah pun tersebar dan terbocor pada tahun 2007 dan 2017. Cumanya, Tentera Laut US baru sahaja mengesahkan perkara tersebut pada September tahun lalu. Tentera Laut US mempunyai SOP tersendiri sekiranya mahu melaporkan penampakan objek terbang tidak dikenali atau UFO.

Sumber: CNN