SYOK Remang- Podcast Seram Yang Akan Membuatkan Korang Tak Tidur Lena

 

syok remang- podcast seram yang akan membuatkan korang tak tidur lena

Korang yang meminati cerita-cerita seram mesti akan suka benda ni.

SYOK mempersembahkan SYOK Remang, sebuah drama audio seram yang pertama dalam Bahasa Melayu di Malaysia. Untuk musim pertama, SYOK Remang akan menampilkan 5 episode. Setiap episode akan menceritakan kisah-kisah seram yang berbeza.

Semua kisah SYOK Remang ditulis dan disuarakan oleh seorang penulis  buku, Rosie Haslinda Nasir bersama Hakimi As’asri.

Nah, kami kongsikan dengan korang serba sedikit tentang tajuk dan synopsis cerita yang ada dalam SYOK Remang:

TAJUK EPISOD

SINOPSIS & MAKLUMAT LANJUT

Episod 1: Hantu Buluh Hutan Kuala Boh

 

 

Sekumpulan pelajar mengganggu makhluk-makhluk yang berumah dan bersuaka di Kem Hutan Kuala Boh, melepaskan sesuatu yang telah lama senyap…

 

Dengar di aplikasi SYOK sekarang!

Episod 2: Bahana Memakai Susuk

Mak Cik Salmah yang ersam lagi lentik mempunyai satu rahsia gelap yang lama simpan di dada. Adakah rahsia Mak Cik Salmah akhirnya terbongkar dengan penduduk Kampung Tualang?

 

Dengar di aplikasi SYOK bermula jam 8 malam, 27 Februari!

Episod 3: Misteri Janin Menangis Di Rumah Sewa No. 43

Tiap kali senja menjelang Maghrib, pasti perkara-perkara pelik berlaku di rumah sewa no. 43. Adakah ia tinggalan penghuni sebelumnya?

 

Dengar di aplikasi SYOK bermula jam 8 malam, 5 Mac!

Episod 4: Bertemu Dengan Saka Harimau

Seperti anak muda biasa, Harry & Ojah tak percaya cerita-cerita lapuk datuk mereka, tapi satu pertembungan tengah malam menukar fikiran kedua-duanya…

 

Dengar di aplikasi SYOK bermula jam 8 malam, 12 Mac!

Episod 5: Diganggu Penunggu Hotel

Epul, Shiena, & Mel tiga sepupu ingin rileks dan habiskan cuti semester mereka ersama keluarga di Port Dickson, tetapi lain yang dihajat, lain yang dapat…

 

Dengar di aplikasi SYOK bermula jam 8 malam, 19 Mac!

Macam mana nak dengar?

Mudah je! Korang download aplikasi SYOK di App Store dan Play Store. Kemudian tekan pada bahagian SYOKCast dan cari je SYOK Remang.