Siling Rumah Runtuh Rupanya Jadi Sarang Ular

Apa perasaan anda apabila rumah yang anda duduk selama ini rupanya ada sarang haiwan berbisa seperti ular pada siling rumah?

siling rumah runtuh rupanya jadi sarang ular

Itu yang terjadi kepada keluarga Harry Pugliese di Lafayette, Georgia dekat Amerika Syarikat yang langsung tidak menyedari siling rumah sewa yang mereka diami selama ini menjadi sarang reptilia berkenaan.

siling rumah runtuh rupanya jadi sarang ular

Pugliese sebelum ini sudah beberapa kali membuat aduan kepada tuan rumah mengenai kebocoran atap rumah tersebut sejak berpindah masuk bersama keluarganya.

siling rumah runtuh rupanya jadi sarang ular

Namun aduan itu tidak diendahkan pemilik rumah menyebabkan Pugliese mengambil keputusan untuk membaiki sendiri rumah tersebut dengan mengupah tukang rumah.

 

Namun tanpa disedari, siling rumah tiba-tiba bocor lalu runtuh, menyebabkan beberapa ekor ular terjuntai.

siling rumah runtuh rupanya jadi sarang ular

siling rumah runtuh rupanya jadi sarang ular

Selain ular, haiwan lain seperti tikus, lipas dan lebah juga antara haiwan yang turut menumpang rumah tersebut.

siling rumah runtuh rupanya jadi sarang ular

Ekoran itu, Pugliese enggan membayar sewa rumah sehinggalah masalah ini diselesaikan sepenuhnya oleh tuan rumah. Namun, tuan rumah bertindak memberikan notis pengusiran kepada Pugliese kerana tidak menjelaskan sewa rumah tersebut.

 

Sumber: Metro UK