Muntahkan Paku & Jarum, Penyanyi Baru Ini Akui Terkena Sihir

Penyanyi baharu, Ai Wahida, 23, mengakui dirinya terkena ilmu hitam sejak beberapa tahun lalu oleh beberapa individu yang dikenalinya.

muntahkan paku & jarum, penyanyi baru ini akui terkena sihir

Penyanyi yang dikenali dengan lagu duet Mama Mama bersama Ejai Aziz berkata, pada awalnya dia sendiri tidak sedar dirinya terkena sihir, sehinggalah beliau menonton video berkaitan dengan ilmu hitam.

muntahkan paku & jarum, penyanyi baru ini akui terkena sihir

Menurutnya, beliau turut mengalami simptom-simptom seperti yang diterangkan dalam video terbabit, membuatkannya pergi berubat di Kuantan, Pahang sekitar Disember tahun lalu.

 

Pemilik nama sebenar Wahida Amalin Atan ini terkejut selepas mendapati dirinya memang terkena sihir sejak beberapa tahun yang lalu.

muntahkan paku & jarum, penyanyi baru ini akui terkena sihir

"Saya dah kena lama. Ketika berubat itu, macam tak percaya saya muntahkan paku, jarum, serpihan kain dan beberapa bahan kotor lain keluar dari dalam badan saya.

"Jarum pendek ada 12 batang, paku pula tujuh dan jarum panjang sebanyak 22 batang. Sejujurnya, memang mengejutkan," katanya.

 

Beliau juga tidak pasti punca sebenar yang berlaku hingga dirinya terkena sihir meskipun masih baharu dalam industri.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ai Wahida (@aiwahida)

 

Namun, Ai Wahida melihat perkara itu dari sudut positif dan berkata apa yang berlaku sudah ditakdirkan Allah SWT.

 

"Walaupun keadaan kesihatan saya belum baik sepenuhnya. Sekurang-kurangnya sekarang saya dah boleh bekerja semula. Apapun, saya harus terus berhati-hati dalam setiap langkah," katanya.

 

Sumber: [1]

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN