Pelayan Tertumpah Kuah Panas Pada Ibu Pengantin

Seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pelayan di majlis perkahwinan berkongsi momen mengerikan yang pernah dilaluinya suatu ketika dahulu.

pelayan tertumpah kuah panas pada ibu pengantin

Ceritanya dia pernah ‘merosakkan’ hari besar satu pasangan pengantin namun reaksi yang diberi daripada pengantin perempuan di majlis tersebut cukup mengejutkannya.

Menerusi satu video yang dikongsi di Tik Tok, pengguna yang bernama @chloe_beeee itu mengimbas kembali pengalamannya bekerja sebagai seorang pelayan di satu majlis perkahwinan.

Katanya, dia terlalu kekok hingga sering menjatuhkan barang.

pelayan tertumpah kuah panas pada ibu pengantin

“Itu satu-satunya perkahwinan yang pernah saya layani dan secara tidak sengaja saya menumpahkan satu bekas yang berisi kuah ke pangkuan ibu mertua pengantin perempuan.”

Tambahnya lagi, kuah tersebut masih berada dalam keadaan panas dan tumpah di merata tempat.

“Dia terpaksa meninggalkan tempat tersebut untuk mengganti baju di rumah, jadi dia terpaksa memandu dan pergi untuk menggantikan baju, nasib baik mereka semua tinggal berdekatan,” ujar Chloe.

Lanjutnya lagi, ketika kejadian itu berlaku, dia masih muda. Dia segera menangis kerana bimbang sekiranya dia telah merosakkan majlis tersebut.

Namun, sungguh lain pula yang terjadi.

Kata Chloe, pengantin perempuan itu menghimpirinya dan berjabat tangan lalu mengucapkan terima kasih.

“Dia mengatakan ibu mertuanya tidak seharusnya mengenakan pakaian putih pada hari perkahwinannya dan kemudian dia memberi saya tip sebanyak £ 55 (RM 314) dan jika saya terserempak dengannya di bandar sekarang kami masih menyapa.”

Video tersebut menjadi viral di Tik Tok dengan lebih daripada 450, 000 tontonan dan 103, 000 tanda suka.

Rata-rata, ramai warganet yang memuji reaksi pengantin itu.

 

Sumber: [1]