Asyik Berkaraoke, Mikrofon Lelaki Ni Tiba-Tiba Berasap dan Meletup

Akibat terlalu asyik berkaraoke, kegembiraan seorang lelaki ini berakhir dengan tragedi selepas mikrofon yang dipegangnya tiba-tiba meletup dan mengeluarkan asap.

 

Menurut laman Suara Jogja, menerusi video yang dimuatnaik di akaun Instagram @smart.gram, lelaki itu pada awalnya dilihat sedang duduk dan asyik menyanyi sambil ditemani oleh seorang rakannya.

asyik berkaraoke, mikrofon lelaki ni tiba-tiba berasap dan meletup

Secara tiba-tiba, mikrofon yang dipegangnya meletup sehingga mengeluarkan percikan api dan asap, sehingga membuatkan lelaki itu terbaring.

asyik berkaraoke, mikrofon lelaki ni tiba-tiba berasap dan meletup

Rakannya terkejut dengan insiden itu segera berlari keluar untuk meminta bantuan.

asyik berkaraoke, mikrofon lelaki ni tiba-tiba berasap dan meletup

Lelaki tersebut kemudiannya kelihatan menggerakkan badannya dengan keadaan dirinya yang masih terbaring.

 

Setakat ini, identiti dan keadaan mangsa masih tidak dapat dikenalpasti.

 

“Saat-saat berlakunya letupan ketika sedang asyik berkaraoke. Setakat ini, keadaan mangsa masih belum diketahui setelah berlakunya letupan tersebut,” tulis pada kapsyen video terbabit.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by smartgram (@smart.gram)

 

Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati apabila menggunakan peralatan elektrik dan elakkan daripada menyentuh atau memakai alat tersebut jika terdapat sebarang tanda-tanda kerosakan.

 

Sumber: Instagram @smart.gram