Meluat Privasi Sering Diceroboh, Bekas Anggota Winner Expose Gambar Stalker Di Instagram

Bengang dengan privasinya yang terus-terusan diceroboh, bekas anggota Winner, Nam Tae Hyun memberi amaran kepada seorang peminat sasaeng yang terus-terus mengikutnya selama tiga tahun lamanya dengan bertindak mendedahkan wajah peminat terbabit.

meluat privasi sering diceroboh, bekas anggota winner expose gambar stalker di instagram

Dalam entri yang berupa siri Instagram Story itu, Tae Hyun mendedahkan mesej yang dihantar peminat sasaeng terbabit.

Menerusi ciapan mesej itu, jelas kelihatan peminat sasaeng yang dikenal pasti sebagai seorang gadis muda itu, memarahi salah seorang kenalan rapat Tae Hyun dan meminta agar dia berhenti mengacau ‘teman lelaki penyanyi’ miliknya itu.

 “Helo. Bolehkah anda berhenti bertemu dengan Tae Hyun? Kami telah berpacaran selama tiga tahun dan kami saling berhubung antara satu sama lain. kami masih saling menelefon,” tulis peminat sasaeng tersebut seperti mana yang tertara pada ciapan mesej yang dihantarnya itu.

“Dia (Tae Hyun) memberitahu saya bahawa anda ialah seorang kawan, adakah itu benar? Selama ini, dia akan gementar jika saya bertemu dengan lelaki lain jadi saya tidak bertemu dengan sesiapa tetapi ini membuatkan saya kesal!

“Kami bertengkar lagi dan saya sangat marah sehingga saya memutuskan untuk menghubungi anda, walaupun saya tidak mahu. Pergi tanya Tae Hyun dan jika benar anda hanya ialah rakannya, saya mahu anda menyedari kewujudan saya,” tambahnya.

Susulan daripada itu, Tae Hyun kemudian mendedahkan wajah peminat sasaeng itu dengan wajahnya yang dikaburkan dalam satu Instagram Story yang dimuat naiknya.

Tulis Tae Hyun pada entri itu, “Stalker saya kembali lagi pada hari yang panas ini. Dia menghubungi kenalan saya sekali lagi dan mula mengatakan benda mengarut. Kali ini, anda menampakkan wajah anda dengan begitu yakin.”

Lanjutnya lagi, “Saya tidak kenal awal. Saya juga berpindah kerana awak. Tolong...sila bangun dari mimpi anda. Sudah-sudahlah. Jika ini berterusan, saya akan menampakkan wajah anda.”

 

Sumber: [1]