Lipan Bersaiz Gergasi Merayap Di Dinding Gemparkan Pengguna Internet

Lipan ialah haiwan panjang dengan sepasang kaki untuk setiap segmen badan. Ia boleh mempunyai bilangan kaki dari bawah 20 hingga melebihi 300 dan biasanya bersifat karnivor, iaitu pemakan daging.

lipan bersaiz gergasi merayap di dinding gemparkan pengguna internet

Dianggarkan terdapat 8,000 spesies lipan di seluruh dunia, dan hanya 3,000 daripadanya telah dikenalpasti.

 

Baru-baru ini, gempar di laman sosial Reddit apabila seorang penggunanya berkongsi foto seekor lipan gergasi yang dilihat merayap pada dinding sebuah rumah.

lipan bersaiz gergasi merayap di dinding gemparkan pengguna internet

Ia dikatakan muncul di sebuah rumah di Jepun, mempunyai ukuran 2 kaki (hampir 60 sentimeter) panjang.

 

“Saya jumpa ini (lipan) dalam apartment saya di Jepun. Ia sangat laju!” tulis pengguna yang berkongsi foto berkenaan.

lipan bersaiz gergasi merayap di dinding gemparkan pengguna internet

Dalam ramai yang terkejut melihat saiznya yang cukup menggerunkan, ada yang mempersoalkan kelajuannya bergerak kerana lipan bersaiz biasa pun boleh bergerak sepantas 0.4 meter sesaat, inikan pula dengan saiz sedemikian besar.

 

Tidak dapat dipastikan spesis lipan tersebut, namun ia nyata sangat menggerunkan!

 

Sumber: [1]