Kecoh apabila satu lembaga bermata merah berjaya dirakam oleh kamera pemetaan Google Maps.
Asalnya, pada 27 Julai yang lepas, foto penemuan lembaga itu mula-mula sekali dikongsikan di akaun Instagram milik seorang juru gambar dari Indonesia iaitu artbiz360.
Menurutnya, gambar tersebut diambil kira-kira 2 tahun yang lalu semasa menguji ciri malam pada kamera baru. Ketika itu dia cuba mengambil pemandangan #milkyway kerana pada waktu itu langit nampak terang. Foto ini diambil antara jam 9 dan 10 malam. Pada masa itu hasilnya tidak begitu jelas, kerana dia masih lagi berusaha mempelajari teknik fotografi. Namun selepas pulang ke rumah, dia mengedit foto tersebut menjadi sedikit cerah.
Lihat hasilnya.
Rata-rata meninggalkan komen memberitahu, itu merupakan kelibat pocong. Tak kurang juga yang memaklumkan kepadanya bahawa kelibat itu juga boleh dilihat menerusi Google Maps.
Difahamkan, penemuan itu dirakam di laluan Kampung Dukun Kali Bener, Jawa Tengah, Indonesia.
Sejurus itu, seorang pengguna Google Maps dari Malaysia pula cuba mencari lembaga tersebut menerusi Google Maps. Hasilnya, dia berjaya menemui lembaga tersebut.
Video penemuan itu turut dikongsikan di akaun Youtube miliknya, zslife production.
Tengok ni.
Tak kisahlah sama ada orang yang letak patung tu, ataupun patung tu letak diri sendiri kat situ. Dua-dua pun seram, meremang bulu roma.