Ngeri, Lelaki Nyaris Maut Lantai Kaca Jambatan Pecah Tiba-Tiba

Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang boleh dikatakan kepada seorang pengunjung jambatan lantai kaca di China selepas ia pecah akibat angin kencang baru-baru ini.

ngeri, lelaki nyaris maut lantai kaca jambatan pecah tiba-tiba

Jambatan kaca yang terletak di pergunungan Piyan, dekat Longjing, China baru-baru ini dilaporkan retak dan pecah lantainya akibat cuaca yang tidak menentu.

 

Disebabkan angin kuat, seorang lelaki nyaris maut selepas lantainya pecah pada Jumaat lalu pada ketinggian 300 kaki di udara.

ngeri, lelaki nyaris maut lantai kaca jambatan pecah tiba-tiba

Mujur lelaki itu diselamatkan oleh bomba dan polis dan dibawa ke tempat selamat.

 

Foto lelaki yang tergantung pada jambatan kaca itu telah tular menerusi laman Weibo dan meraih jutaan tontonan.

 

Sumber: The Sun