Lelaki Di Singapura Mati-Mati Ingatkan Ternampak Valak, Rupanya...

Seorang lelaki di Singapura bertukar ketakutan apabila terlihat kusyen menyerupai karakter Valak di dalam sebuah kereta yang diparkir di kawasan tempat letak kereta kejiranan yang didiaminya.

lelaki di singapura mati-mati ingatkan ternampak valak, rupanya...

Lebih menakutkan, kejadian tersebut difahamkan berlaku pada Bulan Hantu menurut kalendar Lunar Cina yang mana kaum Cina sedang menyambut perayaan hantu.

Dalam video yang dimuat naik di Instagram peribadi miliknya, lelaki tersebut merakam ‘penampakan’ Valak terbabit dari dalam keretanya dan kedengarannya seperti dia marah kerana membuatkan dirinya tidak semena-mena menjadi takut.

Ternyata, ‘penampakan’ Valak itu hanyalah kusyen tempat duduk pemandu kereta. Namun, ia tetap sahaja membuat sesiapa yang ternampaknya menjadi ketakutan kerana reka bentuknya yang berunsurkan 3D sekali gus membuatkan ia kelihatan ‘real’.

Terdahulu, kusyen yang sama turut pernah menakutkan warga Singapura sekitar November 2019.

Menurut orang ramai, kusyen tersebut tidak hanya dijual di mana-mana saja sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan mereka mengenai dari manakah kusyen sebegitu boleh dibeli.

 

Sumber: [1]