Lepas Diculik Alien, Lelaki Dakwa Ia Punca Dia Bercerai, Hilang Kerja

Seorang lelaki warga Amerika Syarikat mendakwa telah diculik oleh sekumpulan makhluk asing yang kemudian menanam cip mikro pada lengan, menyebabkannya bercerai dan juga hilang pekerjaan.

lepas diculik alien, lelaki dakwa ia punca dia bercerai, hilang kerja

Steve Colbern menceritakan kembali pengalamannya diculik makhluk asing berwarna kelabu, dan dibawa menaiki UFO ‘beratus-ratus kali’.

 

Katanya, ketika kejadian beliau ternampak UFO terbang atas sebuah pokok, sebelum dia ditarik secara tiba-tiba ke dalam kapal angkaa itu oleh satu cahaya berwarna hijau. Beliau kemudian dibawa ke sebuah stesen perubatan dan disuruh baring atas meja.

 

“Makhluk asing itu menggunakan satu alat  panjang menyerupai sebatang besi tahan karat yang memiliki serat optik di dalamnya dan memancarkan sinar ultraungu.

“Alat itu mengeluarkan implan dan memasukkannya ke dalam subjek,” katanya.

 

Selepas perjumpaan itu, beliau menjadi teruja untuk menyiasat dan mengkaji mengenai makhluk asing sehingga pekerjaan dan rumah tangganya musnah.

 

Akibat daripada insiden penculikan itu jugalah katanya beliau mempunyai kesukaran untuk bergaul sesama manusia lain termasuklah juga bekas isterinya.

 

Beliau juga dipecat selepas didapati menggunakan peralatan syarikat untuk memeriksa impan yang didakwa berada pada bawah lengannya.

 

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN