Pemilik Terkejut Kucing Peliharaan Seakan Sedang Dibelai ‘Sesuatu’

Seorang pemilik kucing nyata terkejut apabila kucing peliharaannya bersikap aneh selepas kelihatan seperti sedang dibelai oleh satu entiti misteri.

pemilik terkejut kucing peliharaan sedang dibelai ‘sesuatu’

Menerusi video yang dimuatnaik dalam akaun Tiktok @/ 2211ttl, kucing itu pada mulanya kelihatan seakan sedang bersandar pada ruang kosong dan bermanja dengan ‘sesuatu’.

 

Ia turut kelihatan terganggu dan mengiau sambil menggerakkan kepala seperti sedang menanti untuk dibelai. Kucing itu kemudiannya menggerakkan badan seperti diletakkan ke bawah dari arah atas.

pemilik terkejut kucing peliharaan sedang dibelai ‘sesuatu’

“Ia mengiau dengan penuh keterujaan dan kelihatan seperti sedang dibelai.

“Ia juga kelihatan seperti sedang menghidu sesuatu, namun tiada apa-apa di situ sehinggalah ia kelihatan seperti takut dan berlalu untuk tidur,” tulis wanita tersebut pada hantarannya di TikTok.

 

Video yang mendapat jutaan tontonan itu nyata membuatkan ramai meluahkan rasa seram dan sukar menjelaskan keadaan yang berlaku.

 

@2211ttl

meowing like crazy and looked like he was being pet. seriously looked like he was sniffing something and nothing was there! before bed too scared me.

♬ original sound - WatsonT

 

Ramai juga yang mencadangkan agar wanita itu membela kucing lain dan berpindah dari tinggal di rumah itu.

 

Sumber: Daily Star