Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah seorang pemandu beca di daerah Ngawi, Indonesia yang mengalami pengalaman mistik yang mana penumpangnya hilang di saat mereka masih berada dalam perjalanan.
Berita dan video mengenai kejadian itu turut tersebar di serata media sosial.
Bagaimanapun, ternyata pemandu beca tersebut bukan hanya satu-satunya yang pernah mengalami pengalaman serupa.
Seorang pemandu teksi motosikal turut berkongsi pengalamannya yang mana seorang penumpang wanita diminta untuk dibawa pulang ke rumahnya yang akhirnya berakhir di kawasan perkuburan.
“Masalah kehilangan penumpang beca adalah perkara biasa di daerah Ngawi ini. Terutama di kawasan Gunung Lawu. Pernah ada kisah mengenai pemandu teksi motosikal membawa penumpang pulang, tetapi tanpa menyedarinya, rumah itu ternyata adalah kawasan perkuburan,” kata Suyitno, 50, seorang penduduk Desa Babadan di daerah tersebut.
Menurut Suyitno, lokasi kubur itu adalah Kubur Jimbung, Desa Teguhan.
“Rumah itu ternyata berada di tanah perkuburan Jimbung, Desa Teguhan, Paron. Lokasinya sudah dikenali ramai,” terangnya.
Suyitno tidak menolak kemungkinan bahawa penumpang beca wanita yang hilang itu mungkin makhluk yang sama dengan hantu dari Kubur Jimbung.
“Kemungkinan itu sama, ia benar-benar hantu,” kata dia.
“Mungkin, ya, makhluk ghaib dalam bentuk manusia. Tetapi kita tidak perlu takut untuk terus berdoa kepada Tuhan, kita akan dilindungi," tambahnya.
Sumber: [1]