Kayu Balak Jatuh Hempap Kereta Belakang, ‘‘Ni Sebab Tak Berani Dekat..’’

Banyak perkara yang tidak diduga boleh berlaku dalam kehidupan kita seharian. Antaranya kemalangan jalanraya yang boleh terjadi walaupun kita memandu dengan penuh berhemah, namun atas faktor lain kita juga boleh menjadi mangsa.

 

Pernahkah anda berada dibelakang lori yang membawa kayu balak dan secara tiba-tiba anda memikirkan kayu itu jatuh lalu menghempap kereta anda dibelakang?

kayu balak jatuh hempap kereta belakang, ‘‘ni sebab tak berani dekat..’’

Itu yang benar-benar terjadi dalam video di Twitter menunjukkan kayu balak yang dibawa lori disebuah lokasi yang tidak diketahui, terjatuh lalu menghempap sebuah kereta putih dibelakangnya. Kayu balak itu dilihat tembus pada bahagian cermin dan nyaris kena pada tempat duduk penumpang hadapan. Mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

kayu balak jatuh hempap kereta belakang, ‘‘ni sebab tak berani dekat..’’

kayu balak jatuh hempap kereta belakang, ‘‘ni sebab tak berani dekat..’’

Rata-rata penonton video tersebut meluahkan rasa ngeri dan membayangkan diri mereka dalam situasi itu yang dilihat bagaikan filem Final Destination.

 

 

Di Malaysia, jika anda terlihat mana-mana kenderaan seperti lori yang membawa muatan berlebihan atau membahayakan pengguna jalanraya lain, anda boleh membuat aduan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan melalui aplikasi WhatsApp di talian 013-449 8997 atau e-mel di aduantrafik@jpj.gov.my.

 

Sumber: Twitter