Jepun Tawar Pengalaman Seram 'Ambulans Berhantu', Parkir Di Hadapan Rumah Pelanggan

Sebuah syarikat produksi rumah hantu di Jepun, Scaring Crops, menjadi sebutan hangat tahun lalu apabila mereka menawarkan rumah hantu pandu masuk berikutan pandemik COVID-19 yang menghadkan interaksi sosial antara manusia.

jepun tawar pengalaman seram 'ambulans berhantu', parkir di hadapan rumah pelanggan

Sempena musim panas tahun ini, mereka sekali lagi kembali dengan konsep terbaru mereka yang lebih strategik, iaitu rumah hantu versi penghantaran di hadapan pintu rumah anda!

Sekiranya versi pandu masuk tahun lalu memerlukan pelanggan untuk memandu ke dalam garaj sambil ditakut-takutkan dengan ‘hantu’ di sekeliling ditambah pula dengan kesan bunyi, pencahayaan, solekan, kostum dan tentu sahaja, lakonan yang baik.

Namun kali ini, rumah hantu ini akan memandu dengan sendirinya di hadapan pintu rumah anda berserta ambulans yang menyeramkan. Apa yang pelanggan perlu lakukan adalah hanya dengan memasuki ambulans menyeramkan itu, sementara ia parkir di halaman rumah mereka sendiri!

jepun tawar pengalaman seram 'ambulans berhantu', parkir di hadapan rumah pelanggan

Dalam pada itu, syarikat berkenaan berjanji bahawa mereka akan memberikan ‘pengalaman yang paling menakutkan di ruang peribadi pelanggan itu sendiri’.

jepun tawar pengalaman seram 'ambulans berhantu', parkir di hadapan rumah pelanggan

Tidak ketinggalan, mereka turut mengambil kesemua langkah yang berupaya mencegah wabak korona daripada terus meletus dengan menyediakan jarak selamat peribadi’ tanpa mengurangkan sedikit pun unsur seram yang bakal dilalui pelanggan di dalam ‘ambulans berhantu itu’.

Pengalaman tersebut dikatakan bakal tersedia bermula 1 Julai khusus kepada penduduk yang tinggal di bandar Tokyo, dengan harga 9,000 yen (RM342) untuk enam orang selama 15 minit.

 

Sumber: [1]