Seorang influencer popular di China, yang dikenali sebagai Xiao Qiumei, maut apabila terjatuh dari kren setinggi 160 kaki ketika merakamkan dirinya untuk konten media sosial.
Memetik laporan The Sun, mendiang yang berusia 23 tahun sedang bercakap dengan kamera di dalam kabin kren sebelum tersungkur jatuh.
Menerusi rakaman yang diperoleh, ia menunjukkan kamera tiba-tiba beralih kabur.
Bagaimanapun, keluarga mendiang menafikan bahawa anak mereka yang bekerja sebagai pengendali kren profesional itu akan melakukan sebarang rakaman sepanjang waktu bekerjanya.
Namun, terdapat saksi yang melihat Xiao jatuh ke tanah dengan telefonnya yang masih berada dalam genggaman tangannya ketika kebanyakan rakan sekerjanya telah pun pulang.
Ketika hayatnya, Xiao terkenal sebagai seorang influencer yang sering berkongsi video mengenai kehidupan seharian dan profesionnya bersama pengikut di sosial media; mendiang meninggalkan dua cahaya mata.
Terdahulu, awal bulan ini, satu kejadian hampir sama turut berlaku yang mana seorang influencer wanita di Hong Kong dilaporkan meninggal dunia setelah jatuh tergelincir dari air terjun ke dalam kolam sedalam 16 kaki ketika ingin mengambil gambar.
Sumber: [1]