Gara-Gara Video Prank Rompakan, Pasangan YouTuber Kembar Popular Ini Dihukum

Gara-gara video prank merompak, pasangan YouTuber kembar popular, Alan dan Alex Stokes, 24, dijatuhkan hukuman oleh pihak mahkamah.

gara-gara video prank rompakan, pasangan youtuber kembar popular ini dihukum

Mereka mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan rompakan bank hingga menyebabkan seorang pemandu Uber yang tidak bersalah ditahan menggunakan senjata oleh pihak polis.

Dalam insiden tersebut, kedua-dua mereka yang mempunyai jutaan pengikut di laman media sosial masing-masing, dilihat mengenakan balaclava lalu memanggil Uber sebagai kenderaan untuk melarikan diri.

Namun, pemandu tersebut yang tidak sedar bahawa ia merupakan cubaan prank, mengambil langkah untuk tidak memandu mereka.

Kesalahan tersebut boleh menyebabkan masing-masing menjalani hukuman penjara hingga lima tahun.

Namun, seorang hakim di California menjatuhkan hukuman terhadap mereka agar melakukan khidmat masyarakat selain melalui pengawasan selama setahun akibat perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

gara-gara video prank rompakan, pasangan youtuber kembar popular ini dihukum

Insiden tersebut berlaku pada 2019 yang mana pasangan YouTuber kembar itu merekodkan video mereka membawa beg hitam berisi wang kertas, seolah-olah baru sahaja melakukan jenayah rompakan, sebelum memasuki Uber.

Seorang saksi yang kemudiannya terlihat kelibat mereka memikirkan bahawa kedua-dua lelaku itu baru sahaja merompak sebuah bank dan cuba untuk mengancam pemandu Uber terbabit.

Pihak polis kemudiannya tiba dan memerintahkan pemandu Uber itu keluar dengan senjata.

Peguam Daerah Orang County, Todd Spitzer menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana ia boleh mengakibatkan orang ramai tercedera atau lebih teruk, terbunuh.

“Ia adalah tidak bertanggungjawab dan melulu memikirkan dua orang ini lebih peduli untuk meningkatkan jumlah pengikut mereka di internet berbanding keselamatan pegawai polis tersebut atau pemandu Uber tidak bersalah yang diarahkan keluar dari keretanya dengan senjata,” ujarnya.

Februari lalu, seorang YouTuber bernama Timothy Wilks, 20, ditembak mati di Nashville dipercayai ketika sedang merekodkan video prank rompakan.

 

Sumber: [1]