Menakutkan, Ular Ditemui Menyorok Dalam Inhaler Asma

Seorang remaja perempuan berdepan dengan detik cemas apabila menemui seekor ular berbisa dalam inhaler dekat rumahnya di Bli Bli, Queensland, Australia.

menakutkan, ular ditemui menyorok dalam inhaler asma
 
Menurut laporan, gadis berkenaan sedar kehadiran reptilia berbisa itu ketika membawa masuk pakaian yang dicuci ke dalam rumah.
 
Beliau kemudiannya tidak tahu ke mana ular itu melarikan diri sehinggalah menemuinya di dalam alat penyedut asma.

menakutkan, ular ditemui menyorok dalam inhaler asma
 
Mujur tiada perkara buruk yang berlaku dan gadis itu sempat menghubungi penangkap ular untuk mendapatkan bantuan.
 
"Anda tentu tidak percaya. Ini sesuatu yang gila dan kami bertuah kerana dapat menemui ular itu," katanya kumpulan penangkap ular, Sunshine Coast Snake Catchers menerusi hantaran di Facebook.

 
Ular berbisa itu merupakan spesis red-bellied black, yang mana boleh membuatkan seseorang itu pengsan, muntah dan sakit kepala.

menakutkan, ular ditemui menyorok dalam inhaler asma

 
Sumber: Metro UK