Dari Kisah Benar, Penunggang Agama Buat Ramai Meremang

Bermula hari ini, 25 Mac, penonton filem seram boleh mula menonton filem arahan Syafiq Yusof berjudul Penunggang Agama menerusi saluran Astro First.

dari kisah benar, penunggang agama buat ramai meremang

Filem yang diadaptasi daripada kisah benar ini mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami isteri yang berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’.

dari kisah benar, penunggang agama buat ramai meremang

Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk medapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji. Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.

dari kisah benar, penunggang agama buat ramai meremang

Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan.

dari kisah benar, penunggang agama buat ramai meremang

Dapatkah Amir menyelamatkan keluarganya dari ujian ini? Siapakah dalang di sebalik kekacauan ini? Segalanya bakal terjawab dalam filem Penunggang Agama.

Penunggang Agama dibarisi pelakon hebat tanah air seperti Zul Ariffin, Datuk Jalaluddin Hassan, Nasir Bilal Khan, Azira Shafinaz, Puteri Nurqaseh, Salina Saibi, Johan As’ari, Sabrina Ali. Kita sedia maklum, filem arahan pengarah Syafiq Yusof sebelum ini memang padu, antaranya Abang Long Fadil, Special Force dan Misteri Dilaila. Jadi tidak hairanlah, filem Penunggang Agama ini juga dijangka menjadi satu fenomena, tambah lagi ia boleh ditonton daripada kaca TV rumah masing-masing.

 

Check out CH480 dan On Demand untuk mula menonton filem Penunggang Agama.