[Video] Enam Lokasi Seram Di Malaysia, Ramai Juga Dah Kena ‘Kacau’ Disini

Tidak dinafikan makhluk halus sememangnya wujud dalam alamnya sendiri. Ada manusia yang diberi ‘peluang’ untuk bertemu dengan makhluk ini pada masa dan tempat yang tidak disangkakan.

[video] enam lokasi seram di malaysia, ramai juga dah kena ‘kacau’ disini

Beberapa lokasi di Malaysia juga ada kisah seramnya tersendiri. Menerusi penceritaan orang ramai, ada yang pernah bersua dengan makhluk halus di lokasi ini, dan tak kurang juga ada yang pernah di ‘ganggu’.

 

Memetik laporan dari portal Remaja, berikut merupakan enam lokasi seram yang amat dikenali di Malaysia:

 

1. Highland Tower

Tragedi runtuhan pertama dan terburuk pada 11 Disember 1993 di kondominium Taman Hillview, Ulu Klang telah meragut 48 nyawa di tempat ini. Selepas kejadian itu, pelbagai kisah seram telah diceritakan seperti nampak kelibat makhluk tanpa kepala, terdengar suara wanita menangis di tengah malam dan banyak lagi hingga kisah seram di Highland Tower ini diangkat menjadi filem.

 

2. Karak Highway

Popular dengan kisah seram ‘volkswagen kuning’ serta gangguan semasa tidur di kawasan rehat Genting Sempah, lebuhraya karak merupakan antara kawasan yang dilabel sebagai ‘keras’ di Malaysia.

[video] enam lokasi seram di malaysia, ramai juga dah kena ‘kacau’ disini

 

3. Amber Court, Genting Highland

Terdapat pelbagai kisah seram yang berlaku di bangunan berkembar di pinggir Genting Highland ini seperti televisyen terpasang sendiri, penemuan lembaga tanpa kepala sedang mendukung anak dalam lif dan banyak lagi.

 

4. Mimaland, Gombak

Merupakan satu taman tema yang popular pada era 1980-an, satu kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 telah menyebabkan taman ini ditutup dan akhirnya dibiarkan begitu sahaja. Sejak dari itu, pelbagai kisah seram di lokasi tersebut telah diceritakan seperti nampak kelibat manusia tanpa kepala dan sering kedengaran suara menyeramkan di kawasan itu apabila senja menjelma.

 

5. Institusi St Michael, Ipoh

Sekolah ini merupakan bekas ibu pejabat tentera Jepun suatu ketika dahulu. Dikatakan, ketika itu tentera Jepun sering menggunakan bangunan ini sebagai tempat untuk melakukan aktiviti penyeksaan terhadap tawanan perang. Bangunan ini juga mempunyai banyak terowong yang dibina khas untuk tujuan penyeksaan dan juga penyimpanan makanan. Antara kisah seram yang sering diceritakan adalah kelihatan kelibat seakan manusia dengan jubah hitam tanpa kepala sedang duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi.

 

6. Victoria Institution, Kuala Lumpur

Bangunan ini juga merupakan bekas pejabat tentera Jepun suatu ketika dahulu. Dikatakan, ramai askar British diseksa dan dibunuh disini, terutamanya pada ruangan bawah tanah. Akibatnya, banyak juga kes pelajar yang dirasuk serta berkelakuan aneh dan pelik yang diceritakan oleh orang ramai disini.

 

Sumber: Remaja

 

ARTIKEL BERKAITAN