Seorang dukun di Indonesia mendedahkan beliau pernah mengikat 22 jin yang berusia 100 tahun dalam rumahnya.
Menurut Ki Joko Bodo dari Pondok Gede, Jakarta Timur berkata, jin yang diikat itu adalah daripada spesis nakal dan juga sering menimbulkan masalah.
Joko yang kini sudah bertaubat, memberitahu tujuannya mengikat jin-jin berkenaan dalam rumah kerana beliau boleh mengawalnya agar tidak terlepas dan menggangu penduduk kampung.
“Kawasan rumah saya memang menjadi lokasi hantu, makhluk halus dan jin berkumpul. Malah pontianak juga sering singgah di pokok-pokok sekitar rumah.
“Kalau waktu malam, memang akan ada yang bergayut di pokok-pokok itu,” jelasnya.
Beliau yang kini tidak lagi menjadi dukun, masih meneruskan pekerjaan sebagai penghalau hantu dan berkomunikasi dengan dunia halus sebagai sumber rezeki.
“Ini adalah pekerjaan dan sumber rezeki saya jadi sukar untuk ditinggalkan terus. Jika ada pelanggan yang datang meminta pertolongan halau hantu, saya masih cuba bantu,” ujarnya.
Sumber: Suara.com