Disangkakan ?Hantu? Tanpa Muka, Netizen Ketakutan Selepas Melihat Foto Ini

Seorang lelaki yang berasal di China telah membuatkan pengguna media sosial ketakutan dengan gambar selfie nya. Ramai yang menyangka lelaki itu tidak mempunyai wajah.

Foto selfie lelaki ini telah di muat naik di laman sosial yang popular di China iaitu Weibo. Lelaki ini dikatakan telah meminta bantuan orang ramai untuk menilai gaya rambutnya yang baru. Namun lain pula jadinya, apabila orang ramai mula berasa takut selepas melihat foto itu.

selfie-muka-rata-2

Ramai yang mengganggap lelaki itu telah mengalami kecederaan yang teruk sehingga menyebabkan mukanya cacat.

Namun spekulasi netizen ternyata salah. 

Rupa-rupanya lelaki itu sebenarnya memiliki dahi yang luas. Dek kerana dia mengambil gambar selfie sambil menundukkan wajahnya, secara automatik hanya bahagian dahinya sahaja yang kelihatan. Disebabkan itu, dia nampak seperti wajah tanpa kening, mata dan hidung.

selfie-muka-rata-3