Pelakon Diana Danielle berkongsi kisah pernah berdepan gangguan mistik kerana perbuatan sihir individu yang dengki dengan perniagaan ibunya.
“Saya dah biasa kena gangguan semasa kecil. Ibu saya dalam bidang perniagaan, jadi saya rasa mungkin ada unsur dengki.
“Saya pernah mimpi ada ulat bulu dekat lantai karpet. Bila saya terjaga, ulat itu betul-betul ada dan bergerak keluar daripada karpet sampai penuh satu bilik. Lembaga berupa toyol pula terbang mengelilingi saya.
“Hantu-hantu ini dihantar macam nak ganggu minda kita, orang lain cuba selamatkan saya tapi mereka tak nampak apa yang saya nampak,” kongsinya.
Bukan itu sahaja, Diana juga pernah berdepan detik cemas selepas diserang rakan ibunya yang dirasuk.
“Ibu saya pernah dicekik kawan sendiri yang kena rasuk, tapi dia sempat larikan diri. Kemudian, kawan dia pula cari dan cekik saya.
“Ibu saya tolak saya pergi belakang dia dan kami masa itu memang dah dekat sangat dengan tingkap.
“Masa mereka tengah bergelut, saya hampir terjatuh sebab hanya berpaut pada leher ibu saya, mujur ada orang datang bantu kami,” tambahnya.
Sumber: Kosmo