Kakak Tikam Adik 189 Kali Kerana Terlebih Cantik

 

kakak tikam adik 189 kali kerana terlebih cantik

Seorang kakak sanggup bertindak kejam dengan menikam adiknya sebanyak 189 kali kerana cemburu akan kecantikan yang dimiliki oleh adiknya.

Lebih mengerikan lagi, dia juga turut memotong telinga dan mencungkil mata mangsa.

Sewaktu kejadian yang berlaku sekitar tahun 2016, Elizaveta berusia 19 tahun dan adiknya, Stefania pula berusia 17 tahun.

Ketika perbicaran, mahkamah telah diberitahu bahawa mangsa telah dibunuh di rumah teman lelakinya, Alexey Fateev, 44.

Ketika kejadian, teman lelaki mangsa tidak berada di rumah kerana keluar membeli barang keperluan. Namun, setelah pulang dia amat terkejut melihat tubuh teman wanitanya dalam keadan tidak sedarkan diri di atas lantai tanpa seurat benang.

Dia mendakwa terlihat kakak mangsa dan cuba menahannya daripada meninggalkan tempat kejaidan.

Kakak mangsa didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun.

Sumber: Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN