Setinggi Great Pyramid, Inilah Dia Buaian Gantung Tertinggi Di Dunia!

Buat mereka yang takut kepada ketinggian, buaian gantung ini sangatlah tidak sesuai untuk anda.

setinggi great pyramid, inilah dia buaian gantung tertinggi di dunia!

Mempunyai ketinggian 140 meter, Bollywood Skyflyer yang terletak di Bollywood Park Dubai merupakan buaian gantung yang tertinggi di dunia, iaitu menyamai ketinggian Great Pyramid di Giza.

setinggi great pyramid, inilah dia buaian gantung tertinggi di dunia!

Buaian yang baru dilancarkan minggu lalu kini memecahkan rekod ketinggian buaian yang dipegang oleh Orlando Starflyer di Florida, AS dengan kelebihan 10 meter berbandingnya.

setinggi great pyramid, inilah dia buaian gantung tertinggi di dunia!

Buaian gantung itu dibuat dengan 421 tan keluli dengan masa pembinaan selama 600 hari.

Menurut Pengurus Besar taman tema popular itu, beliau berharap dengan adanya tarikan terbaru ini, lebih ramai pengunjung akan datang ke Dubai yang sinonim dengan destinasi pelancongan popular dunia.

Sumber: CNN