‘Orang Tua’ Tumpang Kereta Minta Hantarkan Ke Kubur

Seorang lelaki di Benteng Pendem, Ngawi, dekat Indonesia telah mengalami satu peristiwa aneh apabila ditahan oleh kelibat warga emas semasa sedang memandu kenderaannya.

‘orang tua’ tumpang kereta minta hantarkan ke kubur

Kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam, selepas beliau selesai mengadakan sesi bergambar bersama bakal isterinya.

 

Semasa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah, kelibat warga emas itu menahan keretanya, lalu diminta untuk dihantarkan ke sebuah kawasan perkuburan di Sawahan Hamlet, Ngawi.

 

Selepas selesai menghantar warga emas itu, beliau katanya kembali ke rumah dan terus tidur.

 

Bagaimanapun, lelaki itu dipercayai sebenarnya tertidur dalam kereta dan tidak pun pulang ke rumah seperti yang disangka.

 

“Apa yang memeranjatkan adalah semasa kereta saya memasuki kawasan kubur langsung tidak mengalami sebarang kerosakan sedangkan laluannya agak sempit,” jelasnya.

 

Kisah lelaki itu menjadi tular menerusi rakaman video yang dimuatnaik dalam media sosial menunjukkan kereta jenis Daihatsu Xenia keluar dari kawasan perkuburan dengan bantuan penduduk kampung.

 

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan kewujudan sebenar warga emas yang menumpang kenderaan lelaki terbabit.

 

Sumber: [1]