Ajak Ingat Kematian, Youtuber Buat Content Tanam Diri Bersama Ular Sawa Berdepan Detik Cemas

Seorang Youtuber berdepan detik cemas selepas membuat satu eksperimen menanam dirinya bersama ular sawa di sebuah perkuburan dekat Indonesia, baru-baru ini.

ajak ingat kematian, youtuber buat content tanam diri bersama ular sawa berdepan detik cemas

Menurut laporan, Youtuber yang dikenali sebagai Gilang Barbie sanggup menanam dirinya bersama seekor ular sawa bersaiz besar, bertujuan mahu mengajak orang ramai mengingati detik kematian.

 

Eksperimen itu turut dihadiri orang ramai serta beberapa kru petugas keselamatan.

 

Gilang Barbie yang ditanam dalam tanah dengan keadaan dikapankan, turut dilengkapi alat komunikasi serta alat bantuan pernafasan dan juga kamera.

 

Bagaimanapun keadaan bertukar panik selepas lelaki itu menjerit akibat kehabisan oksigen, serta mengalami sesak nafas yang memaksa orang ramai segera menggali kubur tersebut.

 

Lelaki itu kemudian ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum dibawa ke hospital berhampiran.

Sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada keadaan terkini Youtuber berkenaan. Video berjudul 'Eksperimen dikebumikan hidup-hidup, untuk muhasabah diri disaksikan orang' juga menjadi trending disegenap platform media sosial.

 

Sumber: Youtube