Wujud Kubur Palsu Di Indonesia Supaya Orang Ramai Tak Buang Sampah

Baru-baru ini tular mengenai sebuah kubur di Indonesia sehingga menjadi kecoh dalam kalangan penduduk tempatan di sekitar kawasan Desa Bulukandang.

wujud kubur palsu di indonesia supaya orang ramai tak buang sampah

Rupa-rupanya, ia hanyalah kubur palsu yang diletakkan di tempat tersebut bagi ‘menakutkan’ orang ramai daripada membuang sampah merata-rata.

Ia menjadi kecoh sehingga turut menerima campur tangan daripada pihak polis yang menziarahi lokasi timbunan kubur yang ditemui di pinggir jalan itu.

Kubur itu kemudian disahkan palsu.

“Memang ada busut tanah yang menyerupai kubur. Itu bukan kubur sebenarnya,” kata Penolong Pesuruhjaya Polis, Bambang Tri Sutrisno.

Bambang kemudian meminta pihak berkuasa kampung tersebut supaya merobohkan busut yang berbentuk kubur itu selain meminta penjelasan daripada penduduk di sekitar berkenaan tujuan membuat busut yang serupa dengan kubur itu.

“Kami sudah meminta penjelasan daripada penduduk tempatan bahawa kubur berbentuk busut itu dibuat untuk menakut-nakuti tempat pembuangan sampah di lokasi,” katanya.

Menurut Bambang, sebelum membina busut seperti kubur itu, penduduk tempatan telah membuat pagar buluh bagi mengelak orang ramai daripada membuang sampah.

Selain itu, sepanduk juga telah dibuat supaya orang ramai tidak membuang sampah di lokasi tersebut.

Sementara itu, Ketua Kampung Bulukandang, Wahi Abadi mengakui kubur palsu di tepi jalan itu bertujuan menakutkan pembuang sampah sembarangan.

Usaha tersebut dilakukan oleh penduduk tempatan kerana mereka mula merasakan jengkel dan muak dengan sikap orang ramai yang tidak henti-henti membuang sampah merata-rata.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN