Wujud Cadangan Proses Ulat Bulu Jadi Tepung Buat Makanan

Tepung merupakan salah satu keperluan asas yang boleh dijadikan makanan seperti roti, biskut dan pelbagai bentuk makanan lain. Ia lazimnya berasal dari bahan tumbuhan seperti ubi kayu atau jagung.

.

Baru-baru ini seorang jurutera kimia di Afrika Selatan tampil dengan cara baharu untuk menghasilkan tepung iaitu dengan menggunakan ulat bulu.

wujud cadangan proses ulat bulu jadi tepung buat makanan

Menurut Wendy Vesela, ulat bulu yang digunakan bagi menghasilkan tepung itu adalah dikenali sebagai ‘cacing mopane’. Ia boleh menghasilkan tepung bagi membuat biskut, bar protein coklat, bijirin sarapan mahupun minuman smoothie.

.

Cacing Mopane mempunyai warga hijau dan hitam akan dikukus dan dipotong sebelum ia diproses menjadi serbuk tepung. Malah menurut Vesela, tepung daripada cacing itu mempunyai sumber nutrisi yang tinggi dan proses penternakannya tidak memudaratkan alam sekitar.

wujud cadangan proses ulat bulu jadi tepung buat makanan

Vesela juga dikatakan telah menemui beberapa pelanggan domestik dan antarabangsa bagi mencuba produk organik buatannya itu.

.

Dikatakan cacing mopane adalah spesis ulat yang baik untuk alam sekitar kerana ia tidak memerlukan air atau tanah tambahan untuk membiak. Cacing mopane juga akan membiak dan makan daun pokok mopane yang tumbuh di wilayah yang panas dan kering seperti di selatan Afrika.

wujud cadangan proses ulat bulu jadi tepung buat makanan

Sumber: [1]