Warna Kulit Lelaki Ini Bertukar Dari Putih Ke Hitam-Coklat Secara Misteri

Seorang lelaki berdepan detik yang aneh dalam hidup apabila warna kulitnya bertukar dari putih kepada warna hitam-coklat secara tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya.

warna kulit lelaki ini bertukar dari putih ke hitam-coklat secara misteri

Tyler Monk, 34, yang juga seorang pemeriksa serangga perosak dari Louisiana berdepan situasi sedemikian sehingga kini warna kulitnya menjadi semakin gelap secara tiba-tiba.

warna kulit lelaki ini bertukar dari putih ke hitam-coklat secara misteri

Pada Januari 2021, Tyler pernah bertemu pakar psikatri bagi merawat masalah kemurungannya. Beliau telah diberikan ubat antidepresi dikenali sebagai Prozac. Namun ubat itu katanya tidak dapat meredakan masalah kemurungan yang dialami beliau, sebaliknya beliau dapati warna kulitnya menjadi semakin gelap dari hari ke hari.

 

Beliau kembali merujuk masalah itu kepada doktor namun doktor juga tidak dapat mencari punca kenapa warna kulitnya bertukar menjadi gelap.

warna kulit lelaki ini bertukar dari putih ke hitam-coklat secara misteri

“Pada mulanya saya fikirkan saya sensitif kepada cahaya, namun apabila terlindung dari cahaya, warna kulit saya masih menjadi semakin gelap,” ujarnya.

 

Video mengenai perubahan warna kulit Tyler menjadi tular di Tiktok sehinggakan beliau mendapat ejekan beberapa pihak. Tyler turut meminta sumbangan dan bantuan orang ramai untuk menyelesaikan misteri itu.

 

Sehingga ke hari ini, masih tiada siapa dapat menjawab persoalan mengapa warna kulit Tyler berubah menjadi gelap secara tiba-tiba.

Sumber: OC