Warganet Kata Bilik Baru Kanye West Selepas Bercerai Dengan Kim Kardashian Kosong, Seperti 'Penjara'

Penyanyi rap Amerika Syarikat, Kanye West bakal melakukan kemunculannya pertama semenjak bercerai dengan bekas pasangan yang juga merupakan salah satu selebriti ternama di dunia iaitu, Kim Kardashian.

warganet kata bilik baru kanye west selepas bercerai dengan kim kardashian kosong, seperti 'penjara'

Setelah mengadakan acara mendengar album terbarunya yang berjudul DONDA di Stadium Mercedes-Benz Atlanta pada 22 Julai lalu, Kanye kini dilaporkan masih mendiami salah sebuah bilik yang tersedia di bangunan seluas dua juta kaki persegi itu.

Kanye yang sepatutnya mengeluarkan album DONDA pada 23 Julai lalu terpaksa akur dengan penundaan tarikh yang dibawa kepada 6 Ogos, bersamaan Jumaat minggu ini.

Susulan itu, memetik laporan TMZ, terdapat khabar yang mengatakan bahawa penyanyi rap berusia 44 tahun itu kini sedang ‘menetap di stadium itu hingga albumnya dikeluarkan’.

Menariknya, biarpun terletak di dalam stadium, ruangan yang menjadi rumah persinggahan itu dikatakan lengkap dengan studio, bilik tidur dan tukang masak.

Terbaru, Kanye sempat memuat naik satu foto di Instagram peribadinya yang memperlihatkan kamar tidurnya yang telah menjadi

Rata-rata, foto yang disukai lebih 1.8 juta pengguna Instagram itu menerima pelbagai komen yang bercampur-baur reaksinya.

Namun, kebanyakan pengikut Kanye berasa terkejut serta menyifatkan pemandangan bilik tersebut seolah-olah berada di dalam ‘penjara’ gara-gara ruangnya yang hanya dilengkapi sebuah katil, satu almari kecil dan dinding batu yang tidak mempunyai satu pun tingkap untuk menatap pemandangan luar.

Ia membuatkan mereka menjadi tertanya-tanya tentang bagaimanakah Kanye boleh fokus terhadap menyelesaikan proses pembikinan albumnya yang tertangguh tanpa melihat dunia luar.

Sementara itu, ada juga pengguna yang turut meninggalkan komen “Mengorbankan keselesaannya demi melayani orang (peminat). Tiada sesiapa yang melakukan sepertinya.”

Namun, ada juga yang tertanya-tanya, di manakah selimut? Tidak sejukkah Kanye?

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN