Warga Korea Utara Dilarang Untuk Ketawa Selama 11 Hari

Bagi memperingati satu dekad Kim Jong-il, iaitu bapa kepada Kim Jong-un, yang meninggal dunia pada 17 Disember 2011, Korea Utara akan memasuki tempoh berkabung.

warga korea utara dilarang untuk ketawa selama 11 hari

Menurut laporan, sepanjang tempoh 11 hari berkabung itu, penduduk Korea Utara adalah dilarang untuk melakukan perkara dan aktiviti yang menyeronokkan, termasuklah ketawa.

 

Seorang penduduk Korea Utara berkata kepada Radio Free Asia, sepanjang tempoh itu mereka tidak dibenarkan untuk bersuka ria, ketawa dan melakukan aktiviti menyeronokkan. Malah, segala pergerakan rakyat akan dipantau kerajaan dengan ketat.

 

“Dulu ramai yang ditangkap kerana mabuk ketika berkabung dan dianggap sebagai pelaku jenayah ideologi. Mereka ditahan dan tidak pernah dilihat lagi,” kata penduduk.

 

Bukan itu sahaja, penduduk juga dilarang untuk membeli belah keperluan barangan harian dan mengarahkan syarikat milik kerajaan untuk menjaga orang yang kelaparan semasa tempoh berkabung.

 

Kebiasaannya, tempoh berkabung di Korea Utara hanya diadakan seminggu bagi mengenang pemimpin negara itu, namun kali ini ia dilanjutkan kerana dianggap istimewa iaitu sedekad pemergiannya.

 

Sumber: [1]