Wanita Ini Tersalah Masak Guna Cecair Pencuci Lantai

Seorang wanita dikatakan secara tidak sengaja menumis masakannya dengan menggunakan cecair pencuci lantai kerana menyangka ia adalah minyak masak.

 

Menerusi video yang dimuatnaik di akaun TikTok @kacangijo.8, wanita itu berkata beliau terpaksa membuang makanan itu kerana telah rosak.

wanita ini tersalah masak guna cecair pencuci lantai

Pada mulanya beliau dikatakan mahu mengambil minyak masak sayuran tanpa sengaja telah mencapai botol berisi cecair pencuci lantai yang kelihatan sama warnanya, lalu memasukkan cecair itu ke dalam sayur yang sedang dimasak.

wanita ini tersalah masak guna cecair pencuci lantai

Namun beliau hanya sedar akan kesilapannya itu selepas hidangan itu siap dimasak.

 

“Saya merasa masakan saya dan rasanya sangat pelik, akhirnya saya membuangnya,” katanya.

 

@kacangijo.8 #voiceeffects niat mau masak ala @krisbtr malah jadi ancorr😭 perkara soklin lantai #fypシ ♬ suara asli - Kacangijo

 

Kesilapan wanita itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya mempersoalkan mengapa wanita itu tidak dapat membezakan antara kedua bahan tersebut dan mengapa beliau meletakkan ia berhampiran antara satu sama lain.

 

@kacangijo.8 Balas @azzhr.18 #fypシ ♬ suara asli - Kacangijo

 

Menurut Pusat Racun Negara (PRN USM), jika seseorang itu tertelan sabun cecair dalam kuantiti 1 atau 2 auns, pesakit mungkin mengalami sedikit keradangan pada mukosa mulut, muntah-muntah serta cirit-birit.

 

Sumber: [1], [2]

 

ARTIKEL BERKAITAN