Tiga Hari Wanita Ini Terkunci Dalam Tandas Rumah Sendiri

Seorang wanita dari Thailand berdepan detik mengerikan dalam hidupnya apabila beliau terkunci dalam tandas rumahnya sendiri selama tiga hari.

tiga hari wanita ini terkunci dalam tandas rumah sendiri

Memetik laporan, insiden yang berlaku di Phra Khanong itu terjadi selepas mangsa gagal untuk keluar dari tandas kerana tombol pintunya rosak.

 

Disebabkan gagal untuk keluar, wanita itu bertahan dalam tandas rumahnya dengan meminum air dari mangkuk tandas.

 

Mujur kakaknya membuat laporan orang hilang selepas tidak mendengar khabar adiknya selama beberapa hari.

Kakak wanita itu menghubungi polis pada malam Khamis dan membawa pihak berkuasa ke rumah mangsa lalu membongkar situasi sebenar.

 

Meskipun mangsa kelihatan sihat, polis menasihatkan keluarganya untuk membawa mangsa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

 

Sumber: Kosmo!