Wanita Tergamak Bakar Suami Sebab Muak Lihat Wajahnya Yang Hodoh

Seorang wanta dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membakar suaminya empat tahun lalu disebabkan muak melihat wajah lelaki itu yang dianggap hodoh dan berkulit gelap.

wanita tergamak bakar suami sebab muak lihat wajahnya yang hodoh

Kejadian berlaku di Uttar Pradesh, India selepas tertuduh, Premshree, 26, mengahwini mangsa, Satyaveer Singh.

 

Menurut laporan, wanita itu tidak menyukai rupa paras suaminya serta kulit lelaki itu yang gelap, menyebabkan dia sering meminta cerai daripada mangsa.

 

Pun begitu, mangsa tetap mempertahankan rumah tangga mereka sehingga pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan pada November 2018.

 

Bagaimanapun, pada 15 April 2019, suspek menyimbah mangsa dengan minyak petrol lalu membakarnya. Ia menyebabkan mangsa berada dalam keadaan kritikal ketika dimasukkan ke hospital, sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

 

Kes dibawa ke mahkamah selepas saudara lelaki mangsa membuat pertuduhan kepada tertuduh yang membawa kepada penangkapannya. Mahkamah mengesahkan pengisytiharan kematian mangsa kepada polis di mana dia sempat menamakan isterinya sebagai suspek utama.

wanita tergamak bakar suami sebab muak lihat wajahnya yang hodoh

“Saya membawa isteri ke rumah ibu bapanya pada hari sebelum kejadian, lalu saya pulang ke rumah pada malam yang sama.

“Keesokan harinya ketika saya sedang tidur di rumah, isteri datang lalu membakar saya,” kata mangsa.

 

Dalam kenyataan itu, mangsa berkata isterinya tidak pernah mencintainya sejak mereka berkahwin kerana rupa parasnya yang tidak menarik.

 

“Dia memberitahu bahawa kulit saya amat gelap dan meminta saya meninggalkannya atau dia akan membakar saya,” kata mangsa sebelum menghembuskan nafas terakhir.

 

Sumber: Kosmo!