Seorang wanita di China menawarkan perkhidmatan menghantar pesanan mesej ‘selamat malam’ kepada sesiapa sahaja bagi mengubati kesepian.
![ubati kesepian, wanita ini tawar khidmat hantar mesej ‘good night’](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/c8ca4194-f384-44b4-84dd-f3bec2d4acb5-750x394.jpg)
Jui Mei mula menjual ucapan selamat malam pada 2012 apabila dirinya sendiri dihantui masalah kesunyian dan kesukaran untuk tidur malam.
.
Sejak dari itu, beliau telah pun menghantar lebih 30,000 ucapan selamat malam dan berasa gembira melakukannya.
.
Dengan ucapan selamat malam yang berharga S$0.21 (kira-kira 93 sen) bagi setiap teks, pelanggan boleh memesan ucapan selama seminggu, sebulan mahupun setahun.
.
Beliau juga tidak menetapkan sebarang format ucapan yang dihantar, sama ada dengan emoji muka tersenyum mahupun tidak, atau berkongsi cerita serta moodnya sendiri ketika itu.
.
Kerjayanya ini akan bermula sekitar jam 10 malam dengan peruntukan masa lima minit bagi setiap mesej yang panjangnya lebih 200 aksara Cina.
.
Setakat ini, Jiu Mei telah menerima kira-kira 40 pesanan teks dan ketika waktu puncak beliau akan menghantar lebih 300 mesej dalam sehari.
.
Jadi bayangkan pendapatan yang diperoleh Jiu Mei untuk setiap malam, 300 mesej x 93 sen = hampir RM300 setiap hari dan RM9,000 sebulan!
.
Fuh!
Sumber: [1]