Orang ramai yang mencari rumah mampu milik di bandar Zurich, Switzerland kini boleh memilih untuk tinggal di dalam khemah yang mampu memuatkan dua orang terletak di balkoni apartmen yang menawarkan “pemandangan langit malam berbintang” pada harga RM2,256.
Berikutan mencari tempat sewa murah di Zurich hampir mustahil pada hari ini, kerana pasaran hartanah yang kompetitif di bandar itu.
Dengan itu, seorang penyewa bijak memutuskan untuk mensubsidi sewa bulanannya sendiri dengan menyewakan balkoni apartmen di pasaran terbuka.
Tawaran tersebut termasuk khemah kalis air lengkap dengan tikar penebat, tilam dan bantal, serta akses ke dapur, ruang tamu dan bilik mandi apartmen.
Percaya atau tidak, wanita yang hanya dikenali sebagai Sandra itu mendapat sambutan yang baik terhadap iklan yang disiarkannya awal bulan lalu.
“Saya ingin tinggal bersama orang lain dan mengurangkan sedikit sewa saya,” katanya.
“Itulah sebabnya saya datang dengan idea khemah. Di bandar, keadaan bagi mereka yang mencari flat adalah sangat sukar. Mencari bilik mampu milik hampir mustahil.”
Walaupun RM2,256 mungkin kelihatan seperti mahal untuk sebuah khemah di balkoni kecil, tetapi ia dikatakan adalah tawaran yang bagus di bandar terbesar di Switzerland yang mana krisis ketersediaan hartanah telah menyebabkan harga sewa melonjak.
Pelajar yang terbuka kepada tawaran perumahan yang kurang konvensional turut menyatakan bahawa mereka berminat dengan iklan Sandra itu.
Sumber: [1]