Kasih Seorang Ibu, Sanggup Kejar Harimau Bintang Demi Selamatkan Anaknya

Seorang wanita dari India dilaporkan sanggup mengambil risiko dengan mengejar dan berlawan dengan seekor harimau bintang, semata-mata demi menyelamatkan nyawa anaknya.

kasih seorang ibu, sanggup kejar harimau bintang demi selamatkan anaknya

Wanita yang dikenali sebagai Kiran Baiga dari perkambungan Badi Jhiriya dekat Madhya Pradesh, dilaporkan awalnya sedang duduk di sebuah pondok bersama tiga orang anaknya.

 

Namun secara tiba-tiba, muncul seekor harimau bintang yang bertindak pantas meragut anaknya berusia 6 tahun dengan menggunakan gigi, lalu membawanya lari berdekatan Sanjay Gadhi National Park.

 

Wanita itu kemudian tidak menunggu lama, lalu bertindak mengejar harimau bintang yang membawa lari anaknya itu sejauh satu baru.

 

Tanpa menggunakan sebarang senjata, wanita itu kemudian bertindak menyerang harimau bintang itu dengan kudratnya sendiri.

 

Selepas berhempas pulas, wanita tersebut berjaya menyelamatkan diri dan anaknya daripada menjadi makanan harimau bintang itu. Wanita itu hanya mengalami sedikit kecederaan dan mereka diselamatkan oleh penduduk kampung berdekatan.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN