Seorang wanita di Georgia didakwa memalsukan beberapa kehamilan bagi mendapatkan peruntukan cuti bersalin.
Perkara itu mula dicurigai rakan sekerjanya apabila mereka mula menmelihat benjolan bayi palsu milik wanita itu terkeluar dari badannya.
Pada Oktober 2020, Robin Folsom, yang bekerja sebagai Pengarah Hal Ehwal Luar di Agensi Pemulihan Vokasional Georgia, memberitahu bosnya bahawa dia sedang mengandung dan merancang untuk mengambil cuti bersalin.
Bagaimanapun, ketiak dia ‘hamil’, salah seorang rakan sekerjanya menyedari kejadian pelik yang mana benjol bayinya itu seolah-olah ‘terkeluar’ dari badannya, menyebabkan mereka percaya bahawa dia hanya memalsukan kehamilan tersebut.
Lebih memburukkan keadaan, rekod insurans perubatannya tidak menunjukkan sebarang caj untuk peperiksaan pranatal atau kelahiran, justeru menimbulkan lagi kecurigaan memandangkan dia melaporkan kelahiran seorang lagi anak pada Julai 2020 sebelum mendakwa hamil semula pada Ogos 2021.
Folsom meletak jawatan dari tempat kerjanya pada Oktober 2021, tidak lama selepas ditemu bual oleh penyiasat negeri tentang kehamilannya dan cuti bergaji yang diminta.
Tetapi itu tidak menjadikan semua masalahnya hilang.
Semakan rekod perubatan dan insurans tidak menemui bukti bahawa wanita itu melahirkan anak sebenar.
Jika sabit kesalahan, Robin Folsom berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun kerara penipuan identiti dan penjara sehingga lima tahun bagi setiap pertuduhan membuat kenyataan palsu.
Dia juga berisiko didenda sehingga AS$103,000 (RM432,600) jika didapati bersalah atas semua pertuduhan.
Sumber: [1]