Sanggup Berhabis Wang Demi Nak Jadi Kim Kardashian, Lihat Hasilnya

Seorang wanita yang juga guru di England sanggup berhabis lebih £50,000 (kira-kira RM264,773) demi membolehkan dirinya kelihatan bagaikan kembar Kim Kardashian.

sanggup berhabis wang demi nak jadi kim kardashian, lihat hasilnya

Menurut laporan wanita yang diberi nama Cherri Lee kini berpuas hati dengan pembedahan yang dilakukan demi menjadi mirip idolanya itu.

 

Antara transformasi yang dibuat Cherri adalah seperti wajah, punggung, dan tubuh badan, sehinggakan ahli keluarganya sukar untuk mengecam dirinya yang baharu itu.

sanggup berhabis wang demi nak jadi kim kardashian, lihat hasilnya

“Kim ialah manusia paling cantik di dunia dan saya sangat mahu kelihatan serupa dengannya.

 

“Dia ialah inspirasi dan motivasi untuk saya menjalani pembedahan kosmetik agar tampil lebih jelita,” kata Cherri.

 

Tambah Cherri lagi, beliau berasa bangga dengan apa yang dilakukan itu dan menyesal kerana tidak melakukannya lebih awal.

 

Sumber: Kosmo!