Seorang wanita dari Hunam, China sanggup menjadi mangsa dera fizikal dan mental oleh suaminya selama tiga tahun kerana katanya suaminya mempunyai wajah yang kacak.
Menurut laporan dari Mirror Press, pada awal perkahwinan mereka, lelaki itu sudah mula melemparkan kata kesat dan lama kelamaan menjadi panas baran dan naik tangan.
Wanita yang dikenali sebagai Li, menjadi mangsa dera selama tiga tahun perkahwinan mereka, namun boleh memaafkan setiap perbuatan suaminya itu kerana tidak boleh hidup tanpanya.
Wanita itu juga bertahan kerana lelaki itu mempunyai wajah kacak dan ia merupakan cinta pertamanya.
Ibu bapa dan ahli keluarga wanita itu sudah menasihatinya untuk berpisah, namun wanita itu enggan melepaskan.
Bagaimanapun, portal berita itu melaporkan si suami bersetuju untuk menceraikan isterinya yang sedang mengandung dan akan menjaga bayi dalam kandungan itu selepas ia dilahirkan.
Kisah mengenai pasangan ini juga tular di media sosial dan rata-rata pengguna internet bersimpati dengan nasib wanita itu.
Sumber: [1]