Gara-gara mahu berjimat, seorang wanita sanggup membawa periuk nasinya sendiri ke sebuah restoran di Jakarta, baru-baru ini.
Menerusi satu video yang tular di Tiktok, wanita itu dilihat dengan selamba membawa periuk nasi ketika masuk ke dalam restoran dan memesan lauk pauk kepada pelayan.
Selepas mendapat pesanan di meja, wanita itu membuka periuk nasi dan menyenduk nasi yang sudah dimasak ke dalam pinggannya.
Tindakan wanita itu dipercayai untuk berjimat apabila makan diluar.
Menerusi ruangan komen, ada yang menyatakan rasa malu dengan tindakan wanita itu dan tidak kurang ada juga yang menyokong usahanya untuk berjimat cermat.
Apa pendapat korang?
Sumber: Suara.com