Jodoh sememangnya rahsia Ilahi dan tidak dapat dijangka.
Penyataan tersebut amat kena sekali dengan kisah wanita yang tular ini yang mana bekas kekasihnya mengahwini kakak kandungnya sendiri.
Kisah tersebut dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @virgo_2596.
“Tahniah kepada bekas kekasih saya yang kini menjadi abang ipar. Bercinta dengan saya, tetapi berkahwinnya dengan kakak saya. Semoga kalian menjadi keluarga yang penuh cinta dan kasih sayang,” coretnya.
Video yang dimuat naik itu menunjukkan saat pernikahan pasangan tersebut yang diadakan secara sederhana dan berlangsung secara khusyuk.
Keluarga pengantin perempuan kelihatan begitu ringkas sekali dengan mengenakan pakaian serba putih, sementera keluarga pengantin lelaki pula memakai batik.
Sejak dimuat naik, video tersebut telah mengumpulkan lebih dari 500,000 tontonan dengan 29 ribu tanda suka dan 3,000 komen yang kebanyakannya tertanya-tanya bagaimana bekas kekasihnya itu boleh berakhir dengan mengahwini kakaknya sendiri.
Dalam pada itu, media tempatan di Indonesia sempat menghubungi wanita tersebut yang dikenal pasti bernama Pipi Dwi Nopika.
Difahamkan dia berasal dari Pagar Alam, Sumatera Selatan serta merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.
Sumber: [1]