Seorang wanita yang merupakan seorang ibu sedang berusaha untuk menukarkan tarik lahir anaknya. Alasan yang diberikan adalah ‘inconvenient’ dan mereka tak boleh sambut hari lahirnya dengan meriah.
Budak lelaki tersebut dilahirkan pada 26 Disember, jatuh pada hari Boxing Day. Jadi, mengikut tradisi kekeluargaannya, mereka tidak boleh menjadikan atau meraikan apa-apa pada hari tersebut dan wanita tu pun tak boleh nak buat sesuatu yang istimewa seperti mana yang dia nak.
Apa yang membuatkan wanita itu rasa lebih bersalah apabila anak-anaknya yang lain dapat meraikan hari lahir dengan meriah. Ada belon, banting, hadiah dan bermain di taman permaianan dan macam-macam lagi.
Kalau korang nak tahu, ada beberapa negara yang meraikan Boxing Day ni akan menutup semua operasi mereka. Kiranya, kedai akan ditutup, mall-mall pun ditutup. Jadi, make sense juga lah kalau perempuan tu nak tukar tarikh lahir anak dia sebenarnya.
Sumber: MIRROR