Merajuk Lupa Wish Birthday, Wanita Ini Terpaksa Minta Polis Pujuk

Gara-gara terlupa mengucapkan ucapan hari lahir, seorang lelaki yang merajuk telah dipujuk oleh pegawai polis selepas teman wanitanya gagal untuk melakukan demikian.

merajuk lupa wish birthday, wanita ini  terpaksa minta polis pujuk

Wanita yang berasal dari Chhindwara di Madhya Pradesh, India dilaporkan bercinta dengan teman lelakinya di Sarani. Namun hubungan mereka mulai goyah selepas wanita itu tidak mengucapkan selamat hari lahir.

 

“Kekasihnya marah lalu mereka berdua bertengkar.Akibatnya, lelaki itu memilih untuk menjauhkan diri daripada wanita tersebut.

“Wanita itu sudah beberapa kali cuba mendekati dan bercakap dengan teman lelakinya, namun semua usahanya menjadi sia-sia.

“Ekoran tidak tahan dengan perangai teman lelakinya, wanita itu menghubungi polis untuk meminta bantuan bagi memulihkan hubungan mereka,” jelas laporan itu.

 

Polis yang menerima laporan dari wanita berkenaan kemudiannya memanggil lelaki itu ke balai polis untuk berbincang.

 

Akhirnya polis berjaya menyatukan pasangan itu dan menasihati mereka agar berkahwin.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN