Kerana ingin merasakan pengalaman bercinta dengan seseorang yang bekerja di sebuah syarikat, seorang wanita yang menganggur dari Jepun sanggup menempuh perjalanan selama dua jam untuk makan tengahari di pejabat bersama teman lelakinya!
Berkongsi kisah mengenai dirinya yang sanggup berbuat sedemikian, tulisnya di Twitter:
“Saya menganggur tetapi dahulunya, saya begitu teringin untuk bercinta dengan seseorang yang bekerja di pejabat hingga saya mengenakan pakaian kuliah lama dan menempuh perjalanan pergi balik yang mengambil masa dua jam hanya untuk makan tengahari masakan sendiri dengan teman lelaki saya di tempat kerjanya dan pulang ke rumah. Saya membuat I.D., walaupun saya menganggur.”
Menerusi gambar yang dikongsinya, wanita tersebut juga dilihat berpakaian pejabat dengan kemas yang mana dia mengenakan blazer, kemeja kancing dan skirt.
Dia bahkan turut membuat kad pejabat palsu yang dipakainya ketika makan tengahari bersama pasangannya itu.
Sumber: [1]